SEMBANG SANTAI RAIKAN PEMINAT FB LZS



SHAH ALAM – Lebih 50 orang rakan peminat Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah diraikan di dalam program Sembang Mencari Bahagia, yang diadakan di sebuah hotel di sini. Puan Roszy Non, Pengurus Besar Pejabat Kutipan LZS telah melancarkan program berkenaan.

Program ini merupakan perjumpaan pertama di antara pihak LZS dan juga kalangan peminat Facebook LZS yang sebelum ini hanya berinteraksi di alam maya. Ia bertujuan merapatkan ukhuwwah di samping menanamkan kesedaran menghayati perhubungan yang baik di antara individu dan juga penghayatan zakat dalam kehidupan berkeluarga.

Tiga slot pengisian telah dilakukan, iaitu Slot Memahami Zakat yang disampaikan oleh Ustaz Hashim Fikry al-Jawi, slot khas Sembang Mencari Bahagia yang menampilkan Ustaz Mohd. Nurhisham Tuan Padang dan Ustaz Hamizul Abdul Hamid dan slot terakhir, Memahami Agihan Zakat oleh Saipudin Samsi.

Rata-rata para peserta teruja dengan program berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.