SEMBANG MENCARI BAHAGIA: DEKATI RAKAN FB LZS



BANGI, 29 Jun 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendekati rakan-rakan facebook LZS melalui program Sembang Mencari Bahagia yang diadakan bertempat di UKM baru-baru ini.

Program yang dihadiri seramai 60 orang peserta ini turut mengetengahkan pendakwah bebas, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus  yang mengupas tajuk ‘Erti Kebahagiaan Sebenar’.

Program kemudian diteruskan dengan sesi perkongsian  bersama bekas asnaf LZS yang kini menjadi pengusaha ladang orkid, Sakilla Hanis Mohamed. Kupasan daripada Eksekutif Dakwah LZS bertajuk ‘Kebahagiaan Dunia dan Kebahagiaan Hakiki’ turut mendapat perhatian para peserta yang hadir pada hari itu.

Sehingga kini, LZS telah menerima lebih daripada 21,000 ‘Like’ daripada pengunjung facebook LZS. Ternyata perkembangan ini membuktikan facebook menjadi antara medium perantara yang berkesan dengan masyarakat dalam menyebarkan dakwah zakat.

Leave a Reply