ROKIAH KINI LEBIH SELESA DI KEDIAMAN BARU



Klang –  Rokiah kini mampu menarik nafas lega setelah Lembaga Zakat Selangor (LZS) memindahkan mereka sekeluarga ke rumah yang lebih selesa di penempatan berkelompok Desa Ehsan yang terletak di Jeram, Kuala Selangor.

Rokiah yang dahulunya terpaksa tinggal di bawah jambatan selama dua bulan ekoran tidak mampu untuk membayar sewa rumah sebelum dipindahkan ke sebuah stor berhampiran. Suami beliau tidak mampu lagi bekerja akibat terjatuh dan patah tangan. Ini memaksa anak sulung mereka yang berusia 16 tahun  bekerja bagi menyara keluarga

Selain daripada bantuan rumah, Rokiah turut menerima bantuan sempena Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM750 dan bantuan persekolahan anak-anak dari LZS.