RM660,000.00 ZAKAT KEPADA 38 PERTUBUHAN ISLAM BUKAN RAJAAN (NGO)



SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini menyerahkan bantuan zakat dalam bentuk geran berjumlah RM660,000 kepada 38 pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ia bertujuan untuk melancarkan operasi badan tersebut dan merupakan tambahan kepada RM658,000 yang telah diserahkan sebelum ini.

Antara NGO yang menerima bantuan zakat ini termasuklah Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor, serta Yayasan Amal Malaysia (YAMS) Selangor. Turut menerima Persatuan Sahabat Hospital Selangor dan Muslim Care Malaysia Society dengan kesemua NGO ini menerima bantuan sebanyak RM20,000.

Setiap tahun LZS menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pertubuhan dakwah dan NGO Islam menjalankan pelbagai kegiatan dakwah. Ia demi memastikan kelangsungan dakwah Islam khususnya di Selangor berjalan lancar. Bantuan ini juga dapat membantu organisasi dakwah khususnya dari kalangan saudara baru atau mualaf.

Penyerahan bantuan zakat ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof kepada Setiausaha MAIS, Mohd Haniff Hassan