RM288.5 JUTA ZAKAT DIAGIHKAN SEPARUH TAHUN PERTAMA



SHAH ALAM, 19 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan zakat berjumlah RM288.5 juta untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2014 meningkat sebanyak 37 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM102.4 juta disalurkan kepada asnaf fakir dan miskin, diikuti RM74.3 juta diagihkan kepada asnaf fisabilillah, RM50.6 juta diagihkan kepada asnaf gharimin dan RM25.7 juta untuk asnaf mualaf.

Kesemua asnaf di Selangor disantuni menerusi lima program pembangunan asnaf iaitu sosial, pendidikan, ekonomi, insan dan institusi agama.

Sementara itu sehingga Jun 2014, seramai 34,815 keluarga asnaf fakir dan miskin telah dibantu oleh zakat di seluruh Selangor.

Dalam perkembangan yang sama, sebanyak RM210.3 juta zakat berjaya dikutip bagi tempoh separuh tahun pertama 2014, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013 dengan jumlah pembayar zakat harta sebanyak 197,033 orang.