RM14 JUTA UNTUK 19,008 FAKIR MISKIN SEMPENA RAMADAN DAN HARI RAYA



SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Bengkel Zakat Niaga yang dihadiri seramai 57 orang wakil-wakil syarikat korporat bertujuan berkongsi maklumat dan memahami kaedah kiraaan zakat perniagaan di sini baru-baru ini.

Taklimat bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan pakar rujuk zakat perniagaan bagi LZS.

Di dalam majlis yang sama juga, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) telahmenunaikan zakat perniagaannya sebanyak RM10,488.00. Zakat tersebut adalah bagi tahun berakhir  2010.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Kutipan LZS, Hajjah Adibah Abdul Wahab.