RM118.8 JUTA ZAKAT DIAGIHKAN JANUARI HINGGA JUN



SHAH ALAM, 12 Ogos–Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan zakat kepada lapan asnaf sebanyak RM118.8 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu sebanyak RM13.06 juta diagihkan kepada asnaf fakir, RM22.55 juta asnaf miskin, RM15.96 juta asnaf amil, RM6.62 juta asnaf Mualaf.

Manakala RM39.5 juta bagi asnaf fisabillilah, RM19.27 juta bagi asnaf gharim, RM1.35 juta bagi asnaf riqab dan RM436.1 ribu bagi asnaf ibnu sabil.

Bentuk bantuan yang disalurkan kepada asnaf ini adalah mengikut program iaitu program pembangunan sosial (RM58.66 juta), ekonomi (RM2.08 juta), pendidikan (RM34.56) juta, insan (RM3.9 juta) dan institusi agama sebanyak RM3.5 juta.