RM100 RIBU BANTU 37 FAKIR MISKIN



TANJUNG KARANG, 10 Oktober–Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan bantuan berjumlah RM101,014.00 kepada 37 orang fakir miskin di Karnival Selangorku anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Antara bantuan yang disampaikan adalah bantuan kewangan bulanan kepada seramai 33 orang fakir miskin  berjumlah RM10,450 ribu.  Mereka menerima bantuan di antara RM150-RM500 bergantung kepada jumlah tanggungan.

Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada Daud bin Adnan untuk bantuan baik pulih rumah berjumlah RM9,564 ribu. Dua orang asnaf iaitu Amran bin Jusoh dan Baini bin Ariffin menerima bantuan bina rumah baru bernilai RM38,000.

LZS turut menyalurkan bantuan kepada seorang mangsa rumah terbakar, Soat Hj Hazali yang kini berada di hospital Tanjung Karang.  Bantuan zakat dihulurkan sebanyak RM5,000 bagi membantu meringankan bebanan beliau.