RAJA MUDA PERLIS BERKENAN MELAWAT PAMERAN LZS



Kuala Lumpur, 29 Aug 2014 – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis berkenan melawat pameran sulung Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bertajuk Az-Zakah: Semangat, Kesedaran dan Kewajipan [Pencapaian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)] bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Ia merupakan kerjasama dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia bersempena dengan ulang tahun ke-20 penubuhan LZS. Pameran ini dijangka berakhir pada 16 September 2014. Orang ramai dijemput hadir.

Hadir sama dalam lawatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis., Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

Leave a Reply