PUSAT ZAKAT MELAKA JUARA BERKAT CUP 2013



SHAH ALAM, 8 September 2013 – Pusat Zakat Melaka dinobatkan juara dalam Kejohanan Berkat Cup 2013 setelah berjaya mengalahkan Pusat Zakat Kedah dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Sirim Berhad, Seksyen 2 di sini. Berkat Cup merupakan kejohanan bola sepak yang diadakan dua tahun sekali di antara institusi zakat seluruh negeri Malaysia.

Tempat ketiga disandang oleh Pusat Zakat Perlis mengalahkan Pusat Zakat Pahang. Kali ini sebanyak 12 buah pasukan mewakili institusi zakat negeri-negeri telah bertanding dalam kejohanan tersebut.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa kepada para pemenang kejohanan.

Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Berkat Cup yang akan berlangsung pada tahun 2015.