PUSAT DIALISIS TERKINI DI KLANG



Klang – Pusat Dialisis Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS yang ketiga telah dibuka di kawasan Masjid Batu 4, Jalan Kapar Klang baru-baru ini bagi memudahkan penerima bantuan dialisis mendapat rawatan dialisis.

Sehingga kini, seramai 27 orang penerima bantuan telah mendapatkan rawatan di pusat dialisis tersebut. LZS (MAIS) telah menyediakan tujuh buah mesin dialisis bagi memudahkan pesakit menerima rawatan dan dijangka akan menambah lagi mesin bagi menampung pesakit yang akan datang.

Dua buah pusat dialisis yang dibuka sebelum ini terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 serta juga di Sungai Besar dan LZS (MAIS) dalam perancangan untuk membina pusat dialisis di setiap daerah.