PROGRAM SMART A TO Z: DEKATI PELAJAR PSIS



Sabak Bernam, 15 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjayakan program SMART A TO Z sempena Pesta Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang ke-10 di sini baru-baru ini.

Program melibatkan seramai 200 orang terdiri daripada pelajar PSIS dan menampilkan Eksekutif Dakwah LZS, Ustaz Hamizul Abdul Hamid sebagai penceramah. Tazkirah ringkas dan padat tentang zakat disertakan dengan kuiz merupakan pendekatan yang sesuai untuk generasi Z sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

081015 SMART A TO Z (2)

Selain program SMART A TO Z, turut diadakan Forum Perdana dengan tajuk ‘Hijrah’ yang menampilkan beberapa panelis hebat seperti pendakwah yang dikenali ramai, Ustaz Haslin Baharin, selebriti yang merupakan Rakan Dakwah Zakat, Shamsul Ghau-Ghau dan Raja Farah Raja Aziz.

Turut dibuka sepanjang konvensyen ialah Kaunter Bergerak LZS yang menyediakan perkhidmatan taksir dan bayar zakat serta agihan zakat.