PROGRAM SEMBANG SANTAI ‘CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT’ DAPAT



PETALING JAYA, 23 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Kelab Usahawan Selangor (KUSEL) dan Lembaga Perempuan Islam Selangor (LPIS) menganjurkan program Sembang Santai ‘Cemerlang Dunia Dan Akhirat’ bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di sini.

Program setengah hari ini mendapat sambutan dengan kehadiran 200 orang peserta terdiri daripada usahawan wanita di Selangor dan ahli LPIS. Ia turut menampilkan penceramah terkenal, Ustaz Badli Shah Alauddin, Tokoh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Eksekutif Dakwah LZS, Ustazah Syaharina Abdullah.

Hadir sama, Ketua Unit Seketariat Shariah dan Pengurusan Zakat Maybank Islamic Berhad, Tuan Haji Azhar Alias, wakil-wakil dari Maybank2U dan Maybank Islamic.