PROGRAM MESRA PETANI TINGKATKAN KESEDARAN KEPADA PETANI



SUNGAI BESAR, 2 Julai 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan Program Mesra Petani bertempat di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10 di sini,  bertujuan meningkatkan kesedaran kewajipan menunaikan zakat padi terutamanya kepada para petani di daerah tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Forum Perdana mengetengahkan juara program realiti Imam Muda musim ketiga, Ustaz Abdul Jabbar A. Kahar dan selebriti Sham Kamikaze. Sementara Eksekutif Dakwah LZS, Ustaz Mohd Faryzan Subkhi bertindak sebagai moderator.

Dalam perkembangan lain, di program yang sama, LZS dengan kerjasama penduduk kampung mengadakan program gotong-royong di kawasan masjid. Turut diadakan, serahan bantuan zakat kepada empat penerima yang menerima bantuan pembinaan rumah dari LZS, di samping penyerahan tauliah amil padi kepada penolong amil padi di sini.