KASIHKU: 41KELUARGA ASNAF FAKIR & MISKIN TERIMA BANTUAN RAYA



KUALA SELANGOR, 22 Mei 2017 – Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Worldwide Holding Berhad telah menganjurkan program agihan bantuan zakat sempena Ramadan dan Aidilfitri bertempat di Masjid Puncak Alam, baru-baru ini.
Bantuan zakat ini melibatkan  41 orang ketua keluarga asnaf fakir dan miskin sekitar kawasan Puncak Alam dengan agihan bantuan berjumlah RM30,030.00. Bantuan ini diagihkan secara tunai terus kepada mereka.
Bantuan yang disalurkan ini merupakan agihan semula 3/8 bayaran zakat bagi Worldwide Holding Berhad. Melalui inisiatif Kasihku yang diperkenalkan, telah memberi peluang kepada syarikat-syarikat korporat merasai pengalaman bersama-sama Zakat Selangor mengagihkan zakat kepada asnaf yang layak.
Semoga lebih banyak syarikat-syarikat korporat mengikuti jejak langkah Worldwide Holding Berhad dan diharapkan bantuan yang diberikan dimanfaat sebaiknya oleh penerima terutama untuk persediaan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma.