PROGRAM BERSAMAMU TV3: SARMADI TERIMA BANTUAN LZS (MAIS)



Kuala Selangor – Merujuk kepada siaran rancangan realiti TV ‘ Bersamamu’ yang disiarkan pada 28 November jam 9.30 malam tadi, Sarmadi bin Aziz , 58 telah menerima beberapa bentuk bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Beliau telah penerima bantuan di bawah Asnaf Miskin, sejak tahun 2006 sehingga sekarang dan bantuan yang telah diterima ialah:

– Bantuan Hariraya 2006 RM 850.00 & 2007 RM 850.00
– Bantuan Makanan Bulanan RM 216.20 (Kategori 3) 2007
– Saguhati Majlis DYMM Sultan Selangor RM 100.00
– Bantuan Baik Pulih Rumah RM 15,000.00
– Bantuan lain yang sedang diproses ialah bantuan pendidikan dan yuran persekolahan anak-anak.

Sehubungan dengan bantuan rumah, beliau melalui Nazir Masjid Nurul Amin, Kampung Bukit Kuching Tengah telah memohon bantuan berkaitan dengan tempat tinggal beliau yang agak kurang selesa. Siasatan telah dijalankan dan mendapati benar keadaan rumah memang tidak selesa serta tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Untuk mengatasi masalah tersebut, telah dicadangkan untuk beliau diberi bantuan pembinaan sebuah rumah baru tiga bilik bernilai RM23,000.00 termasuk bekalan elektrik dan air.

Walau bagaimanapun setelah permohonan dibuat dan siasatan dijalankan, timbul pula masalah berkaitan kebenaran menduduki tapak kerana tanah yang dicadangkan untuk tapak rumah adalah tanah pusaka tetapi penama asal (bapa) telah meninggal dunia dan tidak diuruskan pembahagian kepada waris-waris.

Oleh kerana perkara tersebut tidak selesai dan memakan masa, LZS (MAIS) menukar permohonan kepada membaik pulih rumah sahaja yang tidak memerlukan kebenaran menduduki tapak tetapi ia memerlukan peruntukan yang besar dan dianggarkan lebih daripada RM 10,000.00 kerana keadaan rumah yang banyak kekurangan.

Akhirnya bantuan berjumlah RM15,000.00 untuk baik pulih rumah telah diluluskan pada 31 Oktober 2007 tetapi ketika proses untuk perlantikan kontraktor dibuat, pihak TV3 melalui rancangan Bersamamu 2007 telah terdahulu membuat penggambaran pada 15 November 2007.

Sekarang ini kerja-kerja membaik pulih rumah tersebut sedang giat dijalankan dan hampir selesai serta Sarmadi Aziz juga telah menerima bekalan elektrik dan juga air.

Pihak LZS (MAIS) kawasan Kuala Selangor dengan kerjasama Nazir Masjid Nurul Amin, Bukit Kuching Tengah akan sentiasa memantau perkembangan dan keadaan Sarmadi Aziz sekeluarga dari semasa ke semasa.