SKUAD PRIHATIN LZS JEJAKI GOLONGAN GELANDANGAN



KLANG, 22 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah Skuad Prihatin dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID) turun padang bagi menjejaki dan mendekati golongan gelandangan di sekitar daerah Klang.

Aktiviti yang dijalankan pada waktu tengah malam ini bertujuan mendapatkan maklumat mengenai golongan tersebut, di samping melihat keperluan yang boleh disalurkan kepada mereka. Pada masa yang sama juga, LZS telah mengenal pasti individu yang layak untuk dibantu dan menawarkan bantuan mengikut keperluan mereka.

Untuk makluman, Skuad Prihatin diwujudkan sebagai inisiatif LZS dalam menangani isu-isu semasa seperti bencana alam, kebakaran dan sebagainya. Ia turut mendapat mendapat kerjasama daripada agensi yang berkaitan. Melalui pendekatan proaktif ini, bantuan segera dapat disalurkan terutamanya bagi kes-kes kecemasan. Orang ramai disarankan untuk menyalurkan maklumat dan aduan kepada LZS dengan menghubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353.

Leave a Reply