PERKEMBANGAN PELAJAR TAJAAN LZS DI MESIR: BILIK OPERASI 24 DITUBUHKAN



SHAH ALAM, 21 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menubuhkan bilik operasi keselamatan bersepadu bagi menguruskankebajikan dan keselamatan pelajar Selangor di Mesir termasuklah pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bermula 19 Ogos 2013. Bilik ini akan beroperasi 24 jam bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga mendapatkan maklumat muktahir berkenaan para pelajar yang berada di sana.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berkenaan situasi di Mesir, boleh terus menghubungi bilik operasi ini di talian 03-5514 3576 / 3439 / 3520 / 3534.

Pada masa ini, seramai 1,479 orang pelajar Selangor sedang berada di Mesir dan daripada jumlah tersebut, seramai 112 orang pelajar merupakan pelajar tajaan LZS.