PENYERTAAN VIDEO DAKWAH ZAKAT DIADILI OLEH JURI PROFESIONAL



SHAH ALAM, 31 Jan – Sebanyak sebelas daripada 34 penyertaan telah melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Video Dakwah Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pertandingan ini telah dijalankan bermula 1 November hingga 31 Disember 2012 lalu.

Sebelas penyertaan ini diadili oleh juri profesional melibatkan Pengarah Filem dan Drama, Rashid Sibir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof dan Pengurus Besar Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Aidi Munawir Ahmed Shukri.

Antara kriteria yang diberi perhatian termasuklah video yang dihasilkan mempunyai unsur-unsur dakwah dan tarbiyyah berkaitan zakat sama ada berbentuk ceramah, animasi, drama pendek dan sebagainya bergantung kepada kreativiti dalam tempoh maksimum 5 minit.

Pertandingan ini terbuka kepada semua khususnya pelajar institut pengajian tinggi. Hadiah menarik disediakan berupa wang tunai RM5,000 beserta sijil bagi tempat pertama, RM3,000 beserta sijil bagi tempat kedua dan RM2,000 beserta sijil bagi tempat ketiga. Dua hadiah saguhati turut disediakan iaitu wang tunai bernilai RM500 berserta

Para pemenang akan diumumkan pada satu tarikh kelak.

Leave a Reply