PENJELASAN ISU ASNAF ZAKAT DI SABAK BERNAM: LZS TIDAK PERNAH TARIK BANTUAN



Tarikh : 8/13/2010
Penulis : editor

Shah Alam, 13 Ogos 2010 – Berikut adalah maklumbalas berita bertajuk ‘Kembalikan Zakat Saya’ yang tersiar di akhbar Berita Harian pada hari ini di halaman pertama, Sentral. Menurut laporan akhbar berkenaan, seorang warga tua, Abdul Wahab Charang, 70 merayu Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengembalikan bantuan wang zakat sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang seperti diperolehnya setiap tahun sebelum ini.

Ingin dijelaskan bahawa berlaku sedikit kekeliruan di mana LZS tidak pernah menarik bantuan kepada Abdul Wahab Charang, 70 yang merupakan asnaf fakir miskin dan menerima bantuan LZS sejak tahun 2009 lagi. Beliau sebenarnya akan menerima bantuan sempena Ramadan dan Aidilfitri ini pada fasa kedua iaitu sebelum Aidilfitri ini. Sebelum ini beliau turut menerima bantuan keperluan pendidikan untuk anak-anaknya.

Sementara itu, pada tahun ini LZS telah melaksanakan bancian bagi menentukan kelayakan setiap keluarga yang akan menerima bantuan zakat di Selangor. Hasil bancian tersebut seramai 18,352 orang dikategorikan sabagai asnaf fakir dan miskin dan bantuan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri bagi fasa pertama baru-baru ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Noormala Mohd Sa’ad,
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, 019 3880524
Hamizul Abdul Hamid,
Ketua Unit Perhubungan Awam, 019 3880528