PENIAGA DAN USAHAWAN SERTAI KULIAH DAN BENGKEL LZS



SHAH ALAM, 21 November 2013 – Pendekatan dakwah melalui kuliah dan bengkel berjaya menarik minat 100 orang peserta untuk hadir ke program Kuliah Tijarah Barakah dan Bengkel Niaga anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diadakan bertempat di Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (KGSAAS), di sini.

Mereka yang hadir terdiri daripada peniaga dan usahawan di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya. Antara pengisian bengkel termasuklah sesi pengenalan zakat niaga dan simulasi taksiran zakat niaga yang membantu memberi kefahaman zakat kepada para peserta. Turut mendapat sambutan  para peserta yang hadir ialah sesi kuliah tijarah yang disampaikan oleh pendakwah terkemuka, Dato’ Ismail Kamus.

Sementara itu pada akhir bengkel, tiga buah syarikat menyerahkan zakat perniagaan mereka berjumlah RM97,000 yang diterima oleh Pengurus Besar Kutipan LZS, Roszy Non.