PENGELUAR ZAKAT TERIMA PENYATA RASMI BAYARAN ZAKAT



SHAH ALAM, 24 Mac 2015 – Bermula pada tahun ini, kesemua pengeluar zakat yang menunaikan zakat individu akan menerima Penyata Rasmi Bayaran Zakat yang diposkan ke alamat didaftarkan di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Penyata ini mula dipos pada awal Mac merangkumi semua jenis bayaran zakat yang telah ditunaikan sepanjang tahun 2014. Ia juga boleh digunakan untuk keperluan rebat cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kepada pengeluar yang masih belum menerima penyata tersebut, boleh mengunjungi mana-mana cawangan LZS yang berhampiran untuk mendapatkan salinan Penyata Rasmi Bayaran Zakat ini.

Selain itu, pengeluar zakat juga boleh menyemak dan mencetak penyta tersebut melalui ezakat online dihttp://secure.zakatsel.com.my/newdesign/e-zakatONLINE/login.asp. Para pengeluar zakat juga digalakkan untuk sentiasa mengemas kini maklumat diri melalui ezakat online ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyata, boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353 atau 03-5522 7700 sambungan 270 (Encik Rosli) atau sambungan 871 (Puan Halita).