PELANTIKAN UITM SEBAGAI PENOLONG AMIL



Shah Alam – Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengadakan Majlis Menandatangani MoU Perjanjian Perlantikan Penolong Amil dan penyerahan bantuan zakat 2008 di antara LZS (MAIS) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-bari ini.

Majlis tersebut diadakan bagi memperbaharui perjanjian kerjasama di antara LZS (MAIS) dengan Uitm sebagai penolong amil yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di UiTM.

Mou ini dilihat mampu untuk mewujudkan jaringan hubungan yang lebih erat di antara kedua pihak melalui perjanjian pelantikan sebagai penolong amil dalam meningkatkan syiar Islam dan aktiviti kutipan zakat.

UiTM berjaya mengutip zakat berjumlah RM2.5 juta tahun lalu dan dapat dimenafaatkan untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan.

Disamping itu, turut diadakan sumbangan bantuan zakat berjumlah RM79,225 kepada 120 orang pelajar asnaf dan ia membabitkan kumpulan fakir, miskin dan fisabililah.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada hasil kutipan zakat melalui potongan gaji daripada kalangan kakitangan UiTM seluruh selangor .

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor Uitm, Y.Bhg Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Y.A.D Dato’ Setia Hj. Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Dr. Hj. Mohamad Rahimi Osman dan Pengurus Besar LZS (MAIS), Tn. Hj. Ahmad Shahir Makhtar