KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT 2014



  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
  • Terima kasih kepada wakil-wakil media yang hadir pada hari ini.
  • Sukacita saya ingin memaklumkan beberapa perkara mengenai pencapaian kutipan
    dan agihan zakat negeri selangor bagi tahun 2014.
  1. Prestasi keseluruhan kutipan dan agihan zakat 2014

Dalam usaha lembaga zakat selangor (lzs) memudahkan pengeluar zakat dan menyantuni asnaf, alhamdulillah lzs telah mengutip sebanyak rm582.1 juta dan mengagihkan sebanyak rm595.1 juta pada tahun 2014.

  1. Kutipan zakat (harta dan fitrah)
    jumlah kutipan zakat di selangor pada tahun 2014 telah melebihi sasaran, dengan jumlah kutipan sebanyak rm582.1 juta berbanding rm517.3 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2013). Lzs mensasarkan kutipan zakat sebanyak rm560 juta pada tahun 2014.

Jumlah ini melebihi kutipan tahun 2013 sebanyak 13 peratus, dengan perbezaan sebanyak rm64.8 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak rm561.6 juta dikutip daripada zakat harta, manakala rm20.6 juta daripada zakat fitrah.

Pecahan kutipan zakat mengikut jenis adalah seperti berikut:

PENDAPATANRM350.1 JUTA(RM350,082,392)60.1%
PERNIAGAANRM108.0 JUTA(RM107,986,407)18.6%
HARTARM39.7 JUTA(RM39,714,116)6.8%
SIMPANANRM34.1 JUTA(RM34,054,083)5.9%
SAHAMRM10.8 JUTA(RM10,785,562)1.9%
KWSPRM9.1 JUTA(RM9,112,087)1.6%
TANAMANRM2.7 JUTA(RM2,703,395)0.5%
EMASRM2.4 JUTA(RM2,433,929)0.4%
QADHARM4.5 JUTA(RM4,517,785)0.8%
PERAKRM0.1 JUTA(RM135,337)0.02%
TERNAKANRM0.03 JUTA(RM30,941)0.01%
JUMLAH KUTIPAN ZAKAT HARTARM561.6 JUTA(RM561,556,034)96.5%
FITRAHRM20.6 JUTA(RM20,564,439)3.5%
JUMLAH KESELURUHAN KUTIPAN ZAKAT 2014RM582.1 JUTA(RM582,120,473)100.0%

  1. Jumlah pengeluar zakat harta

Jumlah pengeluar zakat harta bagi tahun 2014, ialah seramai 263,411 orang (meningkat 11 peratus) berbanding tahun sebelumnya 2013 iaitu seramai 237,847 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 46,102 orang merupakan pengeluar baru zakat harta di lzs.

  1. Agihan zakat

Pada tahun 2014 yang lalu, mais melalui lzs telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di selangor sebanyak rm595.1 juta berbanding rm463.5 juta pada tahun sebelumnya (2013). Jumlah pengagihan ini dilihat meningkat sebanyak 28 peratus dengan perbezaan sebanyak rm131.6 juta.

Pecahan pengagihan zakat mengikut asnaf adalah seperti berikut:

  1.  Fakir rm73.4 juta (rm73,421,019) 12.3%
  2.  Miskin rm159.5 juta (rm159,501,653) 26.8%
  3.  Amil rm72.7 juta (rm72,687,979) 12.2%
  4.  Muallaf rm53.1 juta (rm53,147,258) 8.9%
  5.  Fisabilillah rm153.7 juta (rm153,698,357) 25.8%
  6.  Gharim rm58.3 juta (rm58,319,112) 9.8%
  7.  Ibnu sabil rm0.8 juta (rm767,342) 0.1%
  8.  Riqab rm23.6 juta (rm23,571,402) 4.0%
    jumlah keseluruhan agihan zakat 2014 rm595.1 juta (rm595,114,121) 100.0%
  9. Asnaf fakir dan miskin

Bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan pada tahun lepas (2014) ialah seramai 13,613 keluarga berbanding 10,179 keluarga pada tahun 2013.

Manakala bagi asnaf miskin adalah seramai 30,048 keluarga berbanding 20,771 keluarga pada tahun sebelumnya (2013). Oleh itu, jumlah keseluruhan fakir dan miskin pada tahun lepas (2014) adalah seramai 43,661 keluarga.

Dalam masa yang sama juga, lzs meneruskan program pencarian fakir dan miskin dikenali sebagai skuad jejak kemiskinan (sjk) yang telah diperkenalkan pada tahun 2011.

Sebanyak 33 siri sjk telah dilaksanakan di seluruh selangor sepanjang tahun 2014. Melalui sjk 2014, seramai 830 keluarga telah ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin di selangor.

Pada tahun 2014, seramai 221 orang penerima bantuan zakat telah keluar dari kategori asnaf. Mereka ini terdiri daripada penerima bantuan modal perniagaan yang disediakan oleh lzs.

Sementara itu, 1,240 keluarga yang menjadi penerima zakat pada tahun 2014 turut keluar daripada kategori asnaf hasil daripada siasatan semasa yang dilaksanakan oleh lzs menggunakan garis penentuan fakir dan miskin iaitu haddul kifayah.

  1. Sasaran kutipan dan agihan zakat tahun 2015

Mengambil kira faktor kesedaran mengeluarkan zakat yang semakin meningkat di kalangan masyarakat dan peningkatan jumlah asnaf fakir dan miskin serta asnaf-asnaf lain pada saban tahun, maka lzs meletakkan sasaran kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2015 adalah sebanyak rm615 juta.

  1. Lain-lain hal
    dalam usaha meneraju perubahan bagi memudahkan pengeluar zakat dan menyantuni asnaf, beberapa inisiatif yang dalam pembangunan pada tahun 2014, akan dilaksanakan pada tahun 2015 dan beberapa semakan akan dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan agihan zakat.
  • menaik taraf sistem agihan zakat
    lzs menaik taraf sistem agihan zakat dengan sistem yang dikenali sebagai muaz (maklumat urusan agihan zakat). Ia bertujuan untuk memudahkan asnaf memohon bantuan zakat, di mana sistem ini membantu melihat bantuan zakat yang bersesuaian dengan keperluan sesebuah keluarga.

Pengurusan keluarga asnaf juga dipermudahkan melalui pengurusan kitaran hidup asnaf (asnaf life cycle management) yang terdapat dalam muaz. Malah perkembangan setiap keluarga dapat dipantau sehingga mereka keluar dari kategori asnaf.

  • kajian haddul kifayah
    berikutan pelaksanaan gst pada april ini, lzs akan melaksanakan kajian kadar haddul kifayah bertujuan menyemak semula kadar keperluan asasi seiring dengan peningkatan taraf hidup pada masa ini. Satu kajian kadar kecukupan bantuan agihan akan turut dilaksanakan agar ia sesuai dengan keperluan semasa.

Dalam masa yang sama, lzs akan terus menyantuni asnaf yang baru dengan menambah bilangan program skuad jejak kemiskinan (sjk) di setiap daerah di selangor.

  • portal zakatselangor.com.my
    seiring perkembangan teknologi pada masa ini, lzs mengambil peluang dengan memperkenalkan domain baru bagi portal lembaga zakat selangor iaitu www.zakatselangor.com.my bagi menggantikan domain sebelum ini www.zakatselangor.com.my

Antara kemudahan yang diperkenalkan ialah aplikasi lapor asnaf. Melalui aplikasi ini masyarakat boleh menyalurkan maklumat individu ataupun keluarga yang susah dan memerlukan bantuan kepada lzs.

Selain itu, aplikasi ini turut boleh digunakan di telefon pintar yang dimuat turun secara percuma di google play store dan apple app store.

Sekian.