OPERASI ZAKAT DI HATI: TINGKAT KESEDARAN BERZAKAT



GOMBAK – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan Operasi Zakat Di Hati 2013 di sekitar Taman Melawati dan Gombak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berzakat di kalangan masyarakat baru-baru ini.

Program bermula dengan Ops Premis melibatkan edaran risalah zakat kepada para peniaga di sekitar Bazar MARA, Taman Melawati. Selain itu, aktiviti Ziarah Majikan dan ‘Roadshow To Agency’ juga dilakukan di beberapa seperti Pos Malaysia, Bank Islam, dan AmBank.

Program diteruskan dengan ziarah dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah dua orang asnaf. Kedua-dua asnaf ini merupakan penerima bantuan zakat dari LZS.

Turut sama dalam program tersebut ialah ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

Operasi Zakat Di Hati merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh LZS bagi menyampaikan dakwah zakat, di samping mendekati masyarakat.