NAFAS SERAH ZAKAT RM2.3 JUTA



SHAH ALAM, 26 September 2012 – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,318,210 bagi tahun kewangan 2011 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini baru-baru ini.

Cek zakat perniagaan NAFAS diserahkan oleh Dato’ Ibrahim Jahaya kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri (Dr.) Noh Omar.