MYZAKAT@8: GALAKAN KEPADA PENGELUAR ZAKAT PERNIAGAAN & SAHAM



SHAH ALAM, 2 JULAI 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru golongan peniaga terutama dalam kalangan usahawan muda menyertai Myzakat@8 iaitu kempen galakan kepada pengeluar zakat perniagaan dan saham di LZS sepanjang tempoh Mei hingga Julai ini.
Kempen yang berlangsung bermula 17 Mei sehingga 17 Julai 2018 ini  terbuka kepada pengeluar zakat perniagaan dan saham yang menunaikan zakat di bawah RM50,000 sepanjang tempoh kempen berlangsung. Para pengeluar zakat hanya perlu membuat taksiran zakat dan seterusnya menunaikan zakat.
Bayaran zakat boleh dilakukan melalui 27 cawangan LZS di seluruh Selangor atau bayaran atas talian di onlinefpx.zakatselangor.com.my atau melalui ejen kutipan yang dilantik LZS. Para pengeluar  yang telah menunaikan zakat layak menyertai kempen ini dengan melengkapkan maklumat diri melalui google form di pautan bit.ly/myzakat8 atau menghantar whatsapp maklumat diri seperti nama, nombor pendaftaran SSM ke talian 011-2075 4557.
Penyertaan akan dikira berdasarkan maklum balas maklumat diri selepas pembayaran zakat dibuat. Untuk makluman, LZS turut menyediakan perkhidmatan taksiran zakat secara percuma kepada syarikat atau individu.