MISI ‘ZIARAH ZAKAT’ DITERUSKAN



KLANG, 10 APRIL 2013 – Dakwah zakat diteruskan lagi dengan aktiviti ‘ziarah zakat’ ke salah sebuah stesen petrol di sini. Delegasi dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) zakat kali ini dikteuai Eksekutif Dakwah Daerah Klang, Muhammad Zaki Bin Ahmad Zahari.

Antara program yang dijalankan adalah penerangan mengenai dakwah zakat, kaedah pengiraan zakat, dan juga beberapa maklumat mengenai agihan zakat.

Aktiviti ziarah zakat di stesen petrol ini merupakan sebahagian usaha LZS dalam menyebarkan dakwah zakat dengan menjadikan stesen-stesen petrol sebagai medium perantara diantara LZS dengan masyarakat. Diharapkan usaha murni ini berjaya menumbuhkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kewajipan zakat.