MB RASMI PUSAT DIALISIS PERTAMA LZS (MAIS)



Shah Alam – Pusat Dialisis Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS yang pertama ditubuhkan secara rasminya dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor di Wisma MAIS di sini pada 16 Februari.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah di atas kejayaan LZS (MAIS) menubuhkan pusat dialisisnya sendiri. Beliau juga meyarankan agar agensi swasta dan kerajaan turut membantu usaha LZS (MAIS) ini agar penubuhan pusat dialisis di daerah lain berjalan lancar. Contohnya seperti urusan sewa-beli bangunan, perlesenan dan sebagainya.

Beliau turut menyarankan agar wang zakat diagihkan dengan sebaik mungkin agar menafaatnya dapat dinikmati oleh semua asnaf dengan sebaik mungkin.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah LZS (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri Selangor, Dato’ Abdul Rahman Palil, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Seri Indah Diraja Dato’ Abu Bakar Abdul Hamid serta Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar.