MANGSA RIBUT TERIMA SUMBANGAN ZAKAT



HULU SELANGOR, 30 Mei 2015 – Sebanyak tujuh keluarga yang terlibat dengan bencana ribut di Kg. Alah Batu dan Kg. Orang Asli Changkat menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mangsa yang terlibat merupakan asnaf fakir dan miskin yang berdaftar di LZS, masing-masing menerima sumbangan zakat berjumlah RM500. LZS turut akan membantu membaik pulih surau Kg. Orang Asli Changkat yang rosak sewaktu kejadian tersebut.

Semoga bantuan zakat yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.