MANGSA BENCANA RIBUT TERIMA SUMBANGAN LZS



KLANG, 20 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan zakat kepada 29 keluarga mangsa bencana ribut di Kampung Sungai Udang dan Kampung Teluk Gadong yang berlaku pada 17 April baru-baru ini.

Setiap keluarga masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM300 bergantung kepada keperluan dan kerugian yang dialami. Ia bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut. Sumbangan zakat ini merupakan peruntukan di bawah asnaf gharimin.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengurus Daerah Klang, Saiful Anuar Abdullah Salleh.