MALAM AMAL BARAKAH BERSAMA PROTON



Shah Alam – Satu Program Malam Amal Barakah yang julung-julung kali telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Proton Holdings Berhad baru-baru ini. Program ini telah dijayakan oleh Bahagian Majkan, Lembaga Zakat Selangor bersempena kempen membayar zakat melalui kaedah potongan gaji yang juga bertepatan dengan bulan memperingati junjungan besar Rasullullah S.A.W..

Program yang dihadiri hampir 1000 warga Proton ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad selain Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor.

Program tersebut telah diadakan di perkarangan depan bangunan pentadbiran, Proton Holdings Berhad, Seksyen 26, Shah Alam. Antara aktiviti menarik lain seperti zikir munajat, solat hajat perdana, Kupasan Hadith dari Adik Syed Muhd. Hakim, anak Pengarah Urusan Proton, ceramah bersama Ustaz Halim Din, Eksekutif Lembaga Zakat Selangor dan nasyid dari kumpulan Rabbani ini nyata berjaya memikat para pengujung walaupun keadaan hujan renyai-renyai pada malam tersebut. Bubur lambuk secara percuma juga telah diagihkan kepada para pengunjung yang hadir pada malam tersebut.