MAKLUM BALAS VIRAL BANTUAN UMUM PELAJARAN



SHAH ALAM, 27 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) sentiasa memberikan perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalime dalam urusan kutipan dan agihan zakat di Selangor terutama melibatkan keperluan pendidikan asnaf melalui Bantuan Umum Pelajaran (BUP).

Bantuan ini merupakan sumbangan bagi meringankan beban kewangan ditanggung oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta ibu bapa atau penjaga yang membiayai persekolahan anak-anak mereka setiap tahun.

4.1

Merujuk kepada viral di laman media sosial mengenai pemohonan BUP, LZS ingin menjelaskan bahawa bantuan di bawah asnaf fisabilillah ini hanya dibuka dua kali setahun. Pemohon boleh memohon mendapatkan bantuan tersebut pada bulan Januari-Mac bagi pelajar pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta IPT, manakala pada bulan Julai-September dibuka bagi pelajar IPT sahaja. Walau bagaimanapun, permohonan BUP bagi pelajar tahun pertama di IPT dibuka sepanjang tahun. Pemohon hanya boleh memohon sekali dalam tempoh setahun. 

Sehubungan dengan itu, LZS memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang diviralkan dan sebarang maklum balas boleh mengunjungi 27 cawangan LZS di seluruh Selangor atau menghubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353. Layari laman web www.zakatselangor.com.my dan facebook LembagaZakatSelangor.MAIS untuk maklumat lanjut.