MAKLUM BALAS TULAR GAMBAR VAN JENAZAH



SHAH ALAM, 15 Feb 2017 – Lembaga Zakat Selangor menafikan penglibatan dalam demonstrasi Gabungan NGO Malaysia, berikutan penyebaran gambar van jenazah mempunyai logo Zakat Selangor yang menjadi tular di media sosial semalam.

Untuk makluman, van tersebut merupakan sumbangan Zakat Selangor kepada masjid bagi tujuan kegunaan pengurusan jenazah sahaja.

Sehubungan dengan itu, Zakat Selangor tidak mempunyai sebarang kaitan selepas penyerahan van tersebut kepada masjid berkaitan.