MAKLUM BALAS LZS BERKENAAN VIRAL GAMBAR PROGRAM AGIHAN KEPADA BUKAN ISLAM



SHAH ALAM, 11 November 2015 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan viral gambar berkaitan zakat yang diagihkan kepada orang bukan Islam dalam satu program yang dianjurkan oleh sebuah organisasi.

Untuk makluman, LZS tidak mempunyai sebarang kaitan dalam program yang dianjurkan. Sehubungan dengan itu, masyarakat diseru supaya tidak mengaitkan LZS dengan program tersebut kerana isu ini adalah di luar pengetahuan LZS.

Kenyataan oleh, 

Norajun Ainun Mohd Hashim

Pengurus Besar Komunikasi Korporat