MAJLIS HI-TEA BERSAMA KORPORAT ERATKAN LZS – KORPORAT



SHAH ALAM, 8 November 2012 – Seramai 60 orang peserta daripada pelbagai syarikat korporat hadir bagi membincangkan isu-isu terkini zakat dalam majlis Hi-Tea Bersama Korporat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang di adakan di Shah Alam Convention Centre di sini hari ini.

Ia diadakan bertujuan mewujudkan komunikasi dua hala antara LZS dengan warga korporat Muslim di negeri ini di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Secara tidak langsung ia membuka peluang kepada LZS menambah baik pengurusan zakat di Selangor berdasarkan kepada pandangan para peserta dan ahli panel.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof bersama dua panelis lain iaitu Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor merangkap Ahli Jawatankuasa Operasi Agihan Zakat LZS, Datuk Dr. Mokhtar Shafie dan Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan Zakat LZS Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa mengupas topik ‘Kekayaan dan Keberkatan Harta Dunia & Akhirat’.

Pada tahun 2011, LZS berjaya mengutip zakat perniagaan berjumlah RM79.9 juta dengan pembayar sebanyak 3,123 orang, manakala 94 lagi merupakan pembayar korporat sekali gus menjadikan ia sebanyak penyumbang kedua kutipan zakat terbesar selepas zakat pendapatan.

 

Leave a Reply