MAIS DAN LZS BANTU MANGSA TANAH RUNTUH HULU LANGAT: RM217 RIBU DISALURKAN



HULU LANGAT, 23 Mei 2011–Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan berjumlah RM217 ribukepada 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Kebajikan Hidayah Madrasah al-Taqwa di sini hari ini.

Daripada jumlah itu,  sebanyak RM100 ribu disalurkan kepada Rumah Kebajikan Hidayah Madrasah Al-Taqwa, RM5,000 setiap seorang kepada 16 waris mangsa yang terkorban dan RM1,000 setiap seorang kepada 37 mangsa yang terselamat.

Penyampaian bantuan ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.  DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang berada di Hospital Ampang.

Pihak MAIS dan LZS mengucapkan takziah kepada mangsa tanah runtuh ini dan berharap dengan bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan bebanan yang sedang mereka dihadapi.

Foto album majlis bantuan tanah runtuh ini boleh dilihat di pautan ini : Album Bantuan Tanah Runtuh.

Video majlis bantuan tanah runtuh ini boleh dilihat di pautan ini : Video Bantuan Tanah Runtuh.

Cerita: Noormala