LZS ZIARAH PESAKIT HOSPITAL



AMPANG, 14 Okt – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Hospital Ampang mengadakan program “Tautan Ukhwah Lembaga Zakat“ bertempat di Hospital Ampang di sini hari ini.

Program ini bertujuan untuk menziarahi dan mendekati para pesakit hospital, selain menyampaikan sumbangan kepada mereka. Melalui sumbangan itu diharap dapat menyuntik semangat untuk cepat sembuh di samping merasakan ada pihak yang prihatin terhadap dugaan yang mereka terima. Ia merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan LZS yang diadakan saban tahun.

Dalam program yang sama, seramai lima orang telah menerima agihan zakat untuk bantuan perubatan yang berjumlah hampir RM54 Ribu. LZS juga menyediakan perkhidmatan Kaunter Bergerak untuk urusan kutipan zakat dan permohonan agihan zakat.

Hadir sama dalam Timbalan Pengarah Perubatan, Dr. Roosli Mohamed Salleh dan Pengurus Operasi Daerah Hulu Langat, Muhd Salahuddin Muhd Ali.