LZS ZIARAH PESAKIT HOSPITAL SELAYANG



SELAYANG, 12 Ogos 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah Gombak hari ini mengadakan program Ziarah Filantropi (Kasih Sayang) bagi mendekati 100 orang pesakit yang sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang.

Menurut Pengurus Wilayah LZS, Huzairi Ibrahim, “Program ini merupakan antara program rutin di LZS. Melalui program ziarah hari ini LZS dapat melihat realiti kehidupan pesakit, selain dapat mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan zakat terutamanya dari segi bantuan perubatan. Bukan itu sahaja, kehadiran kami juga sedikit sebanyak dapat mengubat hati mereka yang berada dalam dukacita.”

Dalam program tersebut, LZS turut menyampaikan buah tangan kepada para pesakit yang ditemui.