LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM3.9 JUTA



SHAH ALAM, 6 Julai 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada tiga syarikat berjumlah RM3,920,000.00 . Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat berkenaan di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah dekat sini.

bukit jelutong

Tiga syarikat syarikat tersebut ialah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Shahreen Raja Othman menunaikan zakat perniagaan berjumlah  RM2,500,000.00, diikuti Sime Darby Property Berhad yang diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1,000,000.00 dan Jakel Shah Alam diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Mohamed Faroz Mohamed Jakel menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM420,000.00.

Turut diraikan di majlis berkenaan seramai 53 orang asnaf fakir, 241 orang asnaf miskin, 150 orang asnaf mualaf dan 150 orang anak yatim yang kesemuanya menerima sumbangan RM500 setiap seorang dan bagi anak-anak yatim pula RM100 seorang.

 

Turut hadir dalam program tersebut, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid danPengarah Jabatan Agama Islam  Selangor, Dato’ Haris Kasim. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali..