LZS UMUM PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN ESEI ZAKAT SAHAM



SHAH ALAM, 10 Februari 2014 – Esei bertajuk ‘Kaedah Berkesan: Kesedaran Kewajipan Berzakat Di Kalangan Pelabur Muslim’ hasil karangan Siti Nur ‘Ain Muhammad menjadi pilihan para juri sekaligus memenangi tempat pertama Pertandingan Penulisan Esei Zakat Saham anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), di sini hari ini.

Kejayaan ini melayakkan beliau memenangi hadiah berupa sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S4 beserta wang tunai RM500 di samping hadiah iringan.

Beliau yang ditemui selepas majlis memberitahu, “Saya sama sekali tidak menyangka akan menang. Lagipun saya sekadar ingin mencuba nasib. Masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai zakat saham dan kesedaran tentang berzakat di Malaysia masih di tahap yang rendah.”

Manakala, tempat kedua pula dimenangi Ram Al Jaffri Saad yang menerima sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Mega, wang tunai RM500 beserta hadiah iringan dan Mohd Suffian Fauzi memenangi tempat ketiga yang membawa pulang hadiah telefon pintar Sony Xperia C, wang tunai beserta hadiah iringan.

Sementara itu, bagi tempat keempat hingga ke-10 telah menerima hadiah saguhati berupa kitab bernilai RM100. Pertandingan penulisan esei yang bermula pada 15 September hingga 15 November 2013 ini diadakan bersempena dengan kempen zakat saham di Selangor.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Pejabat Kutipan LZS, Roszy Non.

Leave a Reply