LZS TURUN PADANG DEKATI ASNAF



SEPANG, 14 September 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) turun padang mendekati asnaf melalui ziarah dan semakan asnaf fakir dan miskin daerah Sepang bagi melihat kecukupan asnaf di daerah tersebut.

Program ziarah dan semakan asnaf yang melibatkan Kariah Labu Lanjut, Salak tinggi turut mendapat kerjasama jawatankuasa penduduk telah menemukan pelbagai isu masyarakat yang berkaitan.

11999650_10153561370806221_8788359247604905331_o (1)

Menurut Pengurus Daerah Sepang, Mohd Nur Fadhli Yohman, “Program hari ini merupakan program rutin LZS. Melalui semakan asnaf yang dilakukan, LZS dapat melihat bantuan-bantuan yang boleh disalurkan seiring dengan keperluan sesebuah keluarga.”

Tambahnya lagi, operasi ini bukan sekadar melihat keperluan asnaf fakir dan miskin semata-mata, namun turut menjejaki asnaf lain terutamanya mereka yang ditimpa masalah kesihatan yang memerlukan bantuan.

Sehingga Jun 2015, seramai 41,438 keluarga asnaf fakir dan miskin telah disantuni LZS melalui pelbagai bentuk bantuan zakat.