LZS TURUN PADANG CARI ASNAF



BUKIT BERUNTUNG, 7 Jun 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan lagi aktiviti turun padang untuk mencari individu atau keluarga yang memerlukan menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) yang diadakan bertempat di Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung dekat sini.

Ia membabitkan 65 buah rumah yang dibanci dan disiasat bagi menentukan haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan) mereka yang layak dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Surau Abu Othman Ali Bashah dan Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung.

11066546_10153324453221221_6328579873432168264_n

Hasilnya, seramai 45 buah keluarga telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin daerah Hulu Selangor dalam operasi tersebut. Keluarga yang layak didaftarkan sebagai asnaf, akan menerima bantuan zakat seperti bantuan Hari Raya dan bantuan persekolahan. Manakala bantuan zakat yang lain akan disalurkan bergantung kepada keperluan.