LZS TERUS MISI ZIARAH KE MAJIKAN SWASTA



PETALING JAYA, 13 MAC – Bagi menyebarkan dakwah zakat dan merapatkan jalinan ukuwah serta berkongsi keberkatan zakat, Sektor Dakwah Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan ziarah majikan ke syarikat Beijing Enterprise Water Group (BEWG).

Delegasi LZS dikepalai Ketua Sektor Majikan, Wira Mustafa bersama tiga ahli lain disambut mesra kakitangan BEWG yang diketuai Pegawai Kanan Sumber Manusia, Hasliza Hj. Hadadak.

Melalui aktiviti ini, mereka diberi taklimat tentang kewajipan berzakat khususnya zakat pendapatan, dan turut menerima sumbangan kelengkapan ibadah bagi kegunaan pekerja Muslim di syarikat berkenaan.