LZS TERUS JEJAKI FAKIR MISKIN



Subang, 20 Sept — Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menjejaki fakir miskin melalui program Skuard Jejak Kemiskinan yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat, Lembah Subang di sini pada 20hb dan 21hb September.
Program yang berlangsung  selama dua hari ini bertujuan menjejaki kemiskinan dan memastikan tiada mereka yang berada di dalam kesusahan tidak menerima bantuan zakat.
Dengan tema “Kami Sedia Membantu” Skuad Jejak Kemiskinan yang melibatkan seramai hampir 80 orang staf  LZS dan pemimpin setempat ini berjaya melihat sendiri keadaan kehidupan hampir 2,000 penduduk di sini.
Di masa yang sama LZS turut membuka beberapa kaunter bagi membolehkan penduduk mendapat khidmat nasihat disamping disediakan wakil pemimpin untuk pengesahan dokumen serta merta bagi mereka yang layak memohon bantuan.  Selain itu, Kaunter bergerak LZS turut dibuka bagi memudahkan penduduk dalam urusan berkaitan zakat.