LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM284 RIBU



SHAH ALAM, 30 Mei 2012 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd, Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank MuamalatMalaysia Berhad(KOPUTRA) dan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd berjumlah RM284,824.40. Zakat diterima Mufti Selangor merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid di ibu pejabat LZS di sini.

Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM100,000, manakala KOPUTRA RM98,824.40 dan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd berjumlah RM86,000. Kesemua pembayaran zakat perniagaan ini adalah bagi tahun kewangan 2011.

Sehingga April tahun ini, LZS telah mengutip RM24.9 juta zakat perniagaan. Manakala pada tahun ini, LZS mensasarkan kutipan zakat perniagaan berjumlah RM86 juta.

Hadir dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof, Pengarah Urusan Pasaraya Borong SAKAN Sdn Bhd, Dato’ Che Umar Yatim, Pengurus Besar KOPUTRA, Kamal Nurzaman Jamal dan Ketua Unit CSR Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd, Mohd Badaruddin Omar. Turut hadir Pengurus Besar Pejabat Kutipan LZS, Sahadan Ishak.

Leave a Reply