LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM2.3 JUTA



SHAH ALAM, 11 November 2016 – Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) hari ini menyerahkan cek zakat perniagaannya berjumlah RM2,304,953.92 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu upacara yang diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Mahmud Abbas.

Zakat yang ditunaikan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 2015. Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir, Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

DSC_9479 copy