LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM18.6 JUTA



SHAH ALAM, 27 Mac 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM18,619,166.17 dari Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Rakyat yang diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu upacara di Istana Bukit Kayangan di sini.

LTH diwakili Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Dato’ Setia Ismee Ismail menyerahkan cek zakat perniagaan untuk negeri Selangor berjumlah RM13,786,679.17. Manakala, Bank Rakyat yang diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Abdul Rahman Kasim menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4,832,487.00. Pembayaran kedua-dua zakat perniagaan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 2014.

Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Bakhtiar Hussin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar, Y. Bhg En Rosely@Mohamed Ross Bin Mohd Din dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.