LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN PNB RM5.4 JUTA



SHAH ALAM, 11 Mac 2011 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM5,4000,000.00.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menerima pembayaran zakat tersebut daripada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Istana Bukit Kayangan di sini.

LZS pada tahun ini mensasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM62.7 juta, iaitu kenaikan sebanyak empat peratus berbanding tahun 2010 yang mencatatkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM60.5 juta.

Turut hadir Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.