LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN KDEB



SHAH ALAM, 11 September 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan dari Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berjumlah RM481,750.23 dalam satu majlis ringkas di sini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Agama, Kumpulan Perangsang Selangor, Zaharudin Muhammad kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Ia merupakan zakat perniagaan bagi haul 2014.

Hadir sama dalam majlis ini, Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non.